GARIS PANDUAN PENULISAN DAN PENERBITAN
UNIT PENERBITAN UiTM PERAK (UPUP)
UNIT PENERBITAN UiTM PERAK (UPUP)
PENGENALAN
Peranan UNIT PENERBITAN UiTM PERAK (UPUP) adalah untuk mengurus dan menyelaras penerbitan hasil karya akademia dari UiTM Cawangan Perak. Ini adalah untuk memberi peluang para akademia menerbitan hasil karya tertentu bagi meransang penulisan dan penerbitan ke arah kepada indikator pencapaian penerbitan tahunan universiti. Sehubungan itu, garispanduan ini dikeluarkan bagi memastikan kualiti penerbitan terjamin dan mengikut lunas peraturan sediada. Selain itu, garispanduan ini adalah untuk mengelakkan isu plagiat hasil karya dan lain-lain berkaitan dapat dielakkan.
FUNGSI PENERBITAN
UPUP berfungsi untuk menerbitkan bahan ilmiah universiti seperti berikut:
Memperbanyakkan penerbitan ilmiah terbitan UiTM cawangan Perak.
Menggalakkan penulisan ilmiah dalam kalangan staf.
Meningkatkan kualiti dan bentuk penerbitan universiti.
Mempromosikan penerbitan universiti di dalam dan luar negara.
Melatih staf dalam penghasilan manuskrip ilmiah yang baik.
SYARAT DAN PANDUAN MANUSKRIP
Penerbitan buku di bawah UPUP adalah secara digital (e-book / softcopy) sahaja. Hasil penerbitan adalah untuk edaran percuma. Jualan hasil penerbitan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Jenis-jenis buku yang boleh diterbitkan dalam penerbitan UPUP adalah seperti :
Buku prosiding
Buku abstrak
Buku pameran
Buku travelog
Buku motivasi
Buku berlakar /grafik
Buku bergambar
Buku manual
Dan lain-lain berkonsep buku penulisan santai.
Manuskrip hendaklah belum pernah diterbitkan. Penulis/penyunting adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini.
Manuskrip hendaklah unik dan mempunyai nilai kreativiti yang tinggi. Susun atur manuskrip adalah bebas dari aspek saiz buku dan kandungan selagi tidak melanggar undung-undang dan peraturan negara dan universiti. Kandungan yang mengutarakan isu sensitif negara dan perkauman dan lain-lain yang berkaitan adalah tidak dibenarkan.
Teknik penulisan santai adalah dibenarkan selagi ianya yang difahami dan mengunakan ejaan standard yang betul. Penulis/Penyunting boleh menulis manuskrip dalam pilihan Bahasa Melayu atau Inggeris.
Penilaian manuskrip adalah diwajibkan dan proses penilaian hendaklah direkodkan bagi tujuan semakan dan sebagainya. Setiap penerbitan perlu disahkan telah melalui proses semakan:
Semakan oleh Pakar Bidang
Semakan oleh Penilai Bahasa
Semakan oleh Penilai Format & Reka Bentuk
Disyorkan oleh UPUP
Diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Negeri (JPN)
Diperakui oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Pakar bidang yang dilantik untuk menyemak isi kandungan manuskrip mestilah mempunyai kriteria seperti berikut:
Bidang yang tepat dengan kandungan manuskrip
Berpengalaman 10 tahun dan ke atas dalam bidang akademik / industri
Gred jawatan DM52 dan ke atas
Manuskrip perlu melalui semakan bahasa sama ada penulisan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bukti semakan bahasa telah dijalankan perlu direkodkan. Penilai Bahasa mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:
Dari kalangan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) / Penyemak bahasa luar yang diiktiraf
Berpengalaman 5 tahun dan ke atas dalam bidang/semakan bahasa
Urusan dan kos penilaian manuskrip adalah di bawah tanggungan penulis sepenuhnya.
Pembinaan manuskrip lengkap kebiasannya mempunyai tiga (3) bahagian iaitu bahagian awalan, teks dan akhiran seperti berikut :
Namun begitu, hanya 5 muka surat utama yang wajib ada untuk membolehkan pendaftaran mula dibuat iaitu:
Cetakan Skrin Muka Hadapan beserta URL
Mukasurat Judul
Mukasurat Hakcipta (template disediakan)
Prakata / Sinopsis
Mukasurat Isi Kandungan
Semua ilustrasi seperti gambar rajah/ jadual / fotografi/ diagram/ graf/ carta/ peta/ lukisan atau apa-apa elemen bergambar yang digunakan dalam manuskrip perlu dinyatakan sumber dengan jelas.
Penulis/penyunting bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta.
Manuskrip yang diserahkan dengan menggunakan tulisan tangan tidak akan diterima.
Penulis/penyunting tidak dibenarkan menghantar manuskrip kepada UPUP dan mana-mana penerbit lain dalam masa yang sama.
Hakmilik harta intelek penerbitan UPUP hendaklah dinyatakan seperti berikut:
Reka bentuk kulit buku perlu disediakan oleh pengarang sendiri.
Permohonan ISSN atau ISBN akan dipohon oleh UPUP melalui sistem depositori PNM di bawah Penerbit UPUP setelah mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Negeri (JPN).
Setelah manuskrip diterbitkan, satu salinan digital (softcopy) hendahkah diserahkan kepada UPUP untuk direkod.
SKOP PENERBITAN
Manuskrip yang hendak diterbitkan hendaklah memberi faedah kepada universiti dan masyarakat yang mencerminkan kepakaran dan kecemerlangan staf seperti aktiviti pembelajaran & pengajaran, penyelidikan dan sebagainya.
Klasifikasi penerbitan adalah dalam bentuk elektronik sahaja.
UPUP akan memberi nombor ISBN/eISBN/ISSN/eISSN secara percuma kepada permohonan yang diluluskan.
Sebarang bentuk jualan hasil penerbitan adalah tidak dibenarkan. Edaran hasil penerbitan adalah percuma.
PENGGUNAAN BAHASA
Penulisan manuskrip yang akan diterbitkan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa yang sesuai dalam bidang penerbitan bahan tersebut.
HAK PENERBITAN UNIVERSITI
Penulis/penyunting memberikan kebenaran mutlak kepada Penerbit UPUP sepanjang tempoh hak cipta yang sah di sisi undang-undang, hak tunggal dan mutlak bagi mencetak dan menerbitkan bahan ilmiah pertama dan bagi semua edisi pelbagai bahasa:
Hak menterjemahkan ke dalam apa juga bahasa asal karya ini;
Hak penyesuaian;
Hak mengikhtisarkan, memendek, meringkas dan memperluaskan;
Hak mencetak;
Hak mempersirikan dalam akhbar atau majalah sama ada dalam bentuk asal atau telah diubahsuai;
Hak pementasan;
Hak menfilem wayang gambar;
Hak menyiarkan melalui televisyen atau apa-apa alat audio video;
Sekiranya Penerbit UPUP mendapati penulis/penyunting melanggar apa-apa hak penerbitan universiti, Penerbit UPUP akan memberi notis bertulis atau tindakan undang-undang sekiranya munasabah kepada penulis/penyunting mengenai pelanggaran itu.
HAK UNTUK MENERBITKAN BAHAN ILMIAH
Semua Staf UiTM Cawangan Perak boleh menerbitkan manuskrip mereka melalui penerbit UPUP.
Penerbitan hanya dalam bentuk digital tanpa melibatkan kos.
UPUP berhak menggunakan budi bicara dalam membuat keputusan berhubung pelbagai aspek berkaitan dengan penerbitan manuskrip.
HAK CIPTA PENERBITAN
Semua bahan penerbitan adalah hak cipta penerbit UPUP.
Semua bahan yang terkandung di dalam bahan ilmiah, bahan umum dan penerbitan elektronik sama ada berbentuk tulisan, grafik, logo, lettermark dan sebagainya adalah hak cipta terpelihara Universiti. Sebarang penyalahgunaan terhadap mana-mana bahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Penerbit UPUP perlu mengawal selia hak cipta bahan terbitan di bawah tanggungjawabnya daripada segala unsur cetak rompak dan seumpamanya.
PELEPASAN TANGGUNGJAWAB PENJUALAN
Penerbit UPUP tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipersalahkan sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan membuat jualan hasil penerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran hak cipta UPUP.